Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas diisytihar sebagai monarki September lalu, Raja Charles III kini diberi tanggungjawab baharu yang dahulunya disandang oleh Putera Philip.
Empat hari lalu pada ulang tahun kelahirannya yang ke-74, Raja Charles secara rasminya bergelar Renjer Windsor Great Park, 70 tahun selepas bapanya, mendiang Putera Philip dilantik memegang jawatan itu.
“Renjer Great Park mengawasi dan membimbing Timbalan Renjer dan pasukannya dalam menguruskan salah satu ladang tanah tertua di negara ini setiap hari.
“Tugas renjer di Windsor berakar umbi dari tahun 1559 apabila Sir Henry Neville dilantik menyandang jawatan itu sewaktu pemerintahan Ratu Elizabeth I,” menurut kenyataan Istana Buckingham.