Raikan Hari Kekasih Bersama Anantara Hotel, Resort & Spa

Raikan Hari Kekasih Bersama Anantara Hotel, Resort & Spa

Hari Kekasih bakal tiba dan bagi yang sudah berpasangan pastinya sedang sibuk memperincikan sambutan buat insan yang tercinta. Bakal berlabuh minggu hadapan, Anantara Hotel & Resort bakal menyambut pasangan kekasih dalam serba kelainan menerusi rangkaian hartanah miliknya.

Sama ada menyemai kasih terhadap gastronomi, budaya atau sekadar mendambakan pengalaman liburan baharu, GLAM merekomendasikan 3 pilihan pengalaman percutian penuh romantis lantas berselubung sama keunikan energi serta kesejatian lokasi yang menjadikan himpunan Hotel Resort & Spa Anantara begitu eksklusif!

Santapan Mewah Berdamping Hidupan Marin di Maldives

Di Anantara Kihavah Maldives Villa dan ditawarkan eksklusif lagi terhad untuk enam pasangan sahaja, nikmati makan malam romantis enam meter di bawah permukaan laut berlatar belakang khazanah akuatik terbaik di Maldives.

Nikmati menu lima hidangan istimewa yang dilaksana begitu terperinci sambil diselami pengalaman santapan eksklusif dikelilingi oleh pemandangan panoramik hidupan marin yang berwarna-warni pada waktu malam.

Bermandikan Cahaya Bintang di Gurun

Mengambil lokasi di gumuk pasir emas Empty Quarter yang terkenal, istana bak kubu Qasr Al Sarab Desert Resort by Anantara meraikan pasangan selama dua malam di mana setiap keinginan mereka bakal dipenuhi oleh butler peribadi. Pengalaman Mini Moon menyemaikan intipati padang pasir Rub’ al Khali yang menakjubkan.

See also
Teknik 4-7-8 Untuk Membantu Anda Tidur Lena

Selain menikmati kemewahan di tanah perlindungan peribadi dengan pemandangan padang pasir yang mempesonakan, pasangan dikejutkan setiap pagi bagi menikmati sarapan pagi yang dihidangkan di atas katil. Kemudian dimanjakan dengan sesi urutan secara berpasangan yang begitu nyaman di spa. Tidak lupa juga, melihat bintang merentasi langit padang pasir yang luas bagi menerokai buruj di bawah bimbingan Star Guru resort.

Romantis Rumah Pokok di Phuket

Mengambil lokasi di Anantara Mai Khao Phuket Villa manjakan diri dengan santapan dilaksanakan khusus buat meraikan Hari Kekasih dengan makan malam Omakase istimewa yang memeluk keindahan alam. Berputar di sekitar pokok beringin purba lalu mengunjurkan langkah ke salah satu restoran paling eksklusif di Phuket dengan pemandangan landskap dan lagun 360° darjah.

Pengalaman makan malam unik ini disediakan oleh chef yang berbeza lantas diterbangkan segar dari Jepun. Bertujuan untuk menyerlahkan cita rasa gastronomi bermusim, dan sorotan utamanya termasuk Seabass Carpaccio yang dihiris nipis dipadankan dengan sos ponzu, Aioli Ika Nigiri serta wagyu panggang dipadankan dengan sos teriyaki.

See also
Bernadya Akur Hidup Tanpa Privasi – Ini Cara Dia Mengatasinya!

Pautan berkaitan: 4 Set Hidangan Mewah Terbaik 2022