Use your ← → (arrow) keys to browse
Lebih sebulan bercerai, Tom Brady memaklumkan dia akan menyambut Hari Natal di hotel buat kali pertama dalam hidupnya.
Quarterback Tampa Bay Buccaneers itu bercakap mengenai rancangan keraian pertamanya tanpa kehadiran keluarga di sisi dalam podcast Let’s Go! With Tom Brady, Larry Fitzgerald and Jim Gray beberapa hari lalu.
“Saya akan belajar bagaimana untuk meraikan malam sebelum Krismas di hotel, dan saya perlu belajar bagaimana untuk menyambut hari Krismas dan malam Krismas dan tetap menikmatinya sebagai seorang profesional,” jawabnya apabila ditanya apakah yang telah dipelajarinya daripada American Football musim ini.