Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas setahun bergelar ibu bapa, Nick Jonas dan Priyanka Chopra akhirnya membuat kemunculan umum pertama bersama anak sulung mereka.
Bayi perempuan yang diberi nama Malti Marie mencuri perhatian ramai kala hadir bersama ibu bapanya ke majlis pengiktirafan Hollywood Walk of Fame untuk kumpulan Jonas Brothers di Los Angeles dua hari lalu.
Priyanka yang turut sama meraikan hari bersejarah itu dilihat duduk di barisan hadapan sambil memangku Malti yang kelihatan begitu comel dalam busana rona kuning air bersama aksesori kepala berwarna putih.
“Malti Marie, ayah tidak sabar untuk kembali ke sini bersama kamu dalam tempoh 15 tahun dan ‘memalukan’ kamu di hadapan rakan-rakan,” seloroh Nick sewaktu memberi ucapan di atas pentas.