Use your ← → (arrow) keys to browse
Scotland merupakan sumber kebahagiaannya, namun ia juga menyimpan kenangan paling mendukacitakan. William menerima perkhabaran mengenai pemergian Puteri Diana ketika mereka terpisah jauh berbatu-batu – dia berada di Scotland manakala ibunya di Paris, Perancis.
“Saya berada di Istana Balmoral ketika diberitahu mengenai kematian ibu. Masih dalam keadaan terkejut, saya mencari kekuatan diri dengan mengunjungi Gereja Crathie Kirk keesokan pagi.
“Dan dalam kegelapan melalui tempoh berkabung, saya menemui ketenangan di kawasan kehijauan Scotland. Disebabkan itu, perhubungan yang terjalin antara saya dan negara ini akan selamanya terpahat di dasar hati.”