Use your ← → (arrow) keys to browse
Pasangan Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle diberi amaran untuk tidak menghadirkan diri ke istiadat pertabalan Raja Charles III.
Selepas menyiarkan dokumentari berjudul Harry & Meghan di Netflix minggu lalu, beberapa pembesar politik dan pakar sejarah Diraja percaya pasangan itu tidak lagi dibenarkan menghadiri upacara yang bakal berlangsung pada 6 Mei 2023.
Veteran parti politik Tory, David Mellor berkata, “Mereka tidak sepatutnya datang ke istiadat pertabalan. Mereka mengaut keuntungan dengan ‘menjual’ keluarga sendiri. Saya rasa pasangan itu perlu diberitahu dengan jelas bahawa rakyat Britain tidak mahu mereka berada di sana.”