Use your ← → (arrow) keys to browse
Strim langsung Putera Harry bersama pakar terapi Dr Gabor Mate tanpa sengaja membongkar satu lagi gangguan mental dihidapinya.
Dalam sesi terapi yang disiarkan atas talian pada 4 Mac lalu, mereka membincangkan isu kesihatan mental serta kemangsaan yang dialami Putera Harry sambil mempromosikan memoir pertamanya yang penuh kontroversi, Spare.
Buku biografi itu dilancarkan pada bulan Januari dan hanya selepas 24 jam, putera berusia 39 tahun itu dan isteri, Meghan Markle menerima notis pengusiran dari kediaman mereka di Windsor, Frogmore Cottage. Ia merupakan hadiah perkahwinan daripada mendiang Ratu Elizabeth II.