Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas tersebarnya pelbagai spekulasi mengenai perceraian Brad Pitt dan Angelina Jolie, punca perpisahan mereka kini didedahkan.
Baru-baru ini Brad dan Angelina dikenal pasti sebagai subjek kepada satu tuntutan mahkamah yang difailkan tanpa nama pada 2006. Menurut dokumen itu, plaintif mendakwa dirinya diserang oleh suami dalam pesawat peribadi milik mereka.
Menurut portal Puck, beberapa tahun lalu bintang Salt itu melaporkan kepada seorang ejen FBI bahawa Brad menyerang dirinya dan anak-anak secara lisan dan fizikal.
Menurut nota ejen tersebut, Brad didakwa menarik Angelina ke belakang pesawat, menggoncang bahunya dengan kuat, menumbuk siling beberapa kali dan menjerit, “Kamu sedang menghancurkan keluarga ini!”