Use your ← → (arrow) keys to browse
Baru 10 bulan menjayakan konsert Love On Tour, Harry Style memaklumkan dia terpaksa membatalkan persembahannya di ibu kota Denmark.
Keputusan itu dibuat selepas berlakunya insiden tembakan yang mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan tiga yang lain di sebuah pusat membeli-belah, berhampiran lokasi di mana Harry dijadualkan membuat persembahan.
Susulan kejadian tragis tersebut, penyanyi-komposer itu mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Twitter sambil merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa.