Use your ← → (arrow) keys to browse
Kim dan Pete yang menghabiskan masa berjauhan baru-baru ini kerana pelawak itu sedang menjalani penggambaran filem di Australia.
Pasangan yang dikenali dengan gelaran ‘Kete’itu bertemu ketika sama-sama mengacarakan Saturday Night Live pada Oktober 2021 dan bercinta secara rasmi sebulan kemudian.
Kim menfailkan perceraian terhadap Kanye yang dikahwininya selama tujuh tahun pada Februari tahun yang sama. Mereka berkongsi empat cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.
Pete yang pernah bertunang dengan Ariana Grande turut mendedahkan impiannya untuk bergelar bapa baru-baru ini. “Saya seorang lelaki yang mementingkan keluarga. Matlamat kegemaran saya yang masih belum tercapai sehingga kini adalah untuk memiliki cahaya mata.”