Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Rakaman momen indah melalui foto dan video Lebaran tidak lengkap apatah lagi hebat tanpa peranti yang tak asing lagi dengan #ShotoniPhone!

Kurang beberapa jam sahaja lagi hari yang dinanti kita semua akan diumumkan. GLAM ingin berkongsi beberapa kandungan hebat daripada mereka yang sering tampil dengan idea kreatif, termasuk pro tip #shotoniphone untuk membantu anda merakam detik manis yang bakal diabadikan semasa perayaan bersama iPhone 14 Plus dan iPhone 14.

Agenda 'Balik Kampung' pasti menjadi pelan wajib untuk anda menjelang hari Raya. Jom, teroka keupayaan ciri sistem kamera iPhone 14 dan rakam detik paling istimewa, menyentuh hati dan paling dramatik sepanjang Syawal nanti!

Perhatikan dapur yang sibuk atau meja makan yang penuh dengan menu Raya untuk anda hasilkan flatlay makanan yang mengagumkan bersama #shotoniphone! Beralih pula kepada permainan tradisional yang dapat mengembalikan nostalgia seperti Congkak dengan menerokai ciri yang tersedia seperti mod Burst, Slo-Mo, mod Sinematik dalam 4K dan mod aksi pada rangkaian iPhone 14. Semua kombinasi ciri dan aplikasi ini pasti akan memberi ‘nyawa’ kepada pengalaman Raya anda tahun ini.

#ShotoniPhone daripada Content Creator hebat dari Malaysia dan Singapura, mempamerkan suasana Raya yang indah berserta tip dan inspirasi kepada anda dalam berkarya kreatif.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Zarnizar

Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Pro Tip:

  • Turn on Grid pada settings untuk Kamera dan mula bereksperimen, cuba gaya yang berbeza sehingga anda menemui gaya anda sendiri.
  • Sentiasa tonjolkan depth dalam foto anda – Kebanyakan foto kelihatan baik apabila ia dapat menyampaikan rasa kedalaman. Mencipta kedalaman membantu menarik perhatian penonton kepada visual yang ingin disampaikan.
  • Seni flatlays ialah permainan keseimbangan. Gunakan garis lurus di atas meja untuk membantu anda set bingkai kamera.

https://www.instagram.com/p/Cq2bn2aOe5M/

 

Apakah yang mencetus minat anda kala menghasilkan visual untuk kandungan di akaun media sosial?

Ekspresi Kreatif: Fotografi dan penciptaan kandungan menawarkan saluran kreatif untuk mengekspresikan diri saya dan menghidupkan idea. Memandangkan saya seorang jurugambar dan  pencipta kandungan, saya boleh bereksperimen dengan gaya dan teknik yang berbeza, serta menggunakan imaginasi saya untuk mencipta sesuatu yang unik dan bermakna.

Berkongsi: Berkongsi kerja saya dengan orang lain memberi ganjaran paling memuaskan. Saya boleh berhubung dengan penonton dan menerima maklumbalas dan penghargaan berkenaan karya saya. Inilah yang mendorong saya untuk terus mencipta.

See also
Galaksi Warna BVLGARI COLORS Di Korea Selatan

Sebagai Kenangan: Fotografi dan mencipta kandungan boleh membantu merakam dan mengekalkan kenangan untuk diri saya sendiri. Sama ada momen istimewa atau landskap yang indah, saya boleh mencipta sesuatu yang boleh dihargai untuk tahun-tahun akan datang.

Fleksibiliti dan Kebebasan: Ia juga menawarkan fleksibiliti dan kebebasan di mana dan bila saya bekerja. Dengan peranti dan peralatan yang betul seperti iPhone 14 Plus, saya boleh mencipta kandungan dari mana-mana sahaja, memberi saya kebebasan dan autonomi.

Penerokaan dan Pengembaraan: Memandangkan saya seorang jurugambarTravel & Lifestye; ia membolehkan saya meneroka tempat baharu dan mempelajari budaya yang berbeza, dan ia adalah suatu yang menarik dan enriching.

Inspirasi: Sebagai jurugambar Travel & Lifestye, saya mempunyai keupayaan untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengembara dengan mempamerkan keindahan dan kepelbagaian lokasi yang berbeza melalui foto dan kandungan saya. Visual kandungan yang saya cipta boleh membantu mereka inspirasi untuk mengembara dan menikmati keindahan dunia.

Pautan berkaitan: Pachinko, Prehistoric Planet dan The Morning Show Di Apple TV+!

See also
Sempena Coldplay di Malaysia, Dengar 4 Lagu Ikonik Pilihan GLAM Ini!