Priyanka Chopra & Nick Jonas Berkongsi Aksi Nakal Di Instagram - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Priyanka Chopra Berkongsi Aksi Nakal Nick Jonas Di Instagram

Priyanka Chopra & Nick Jonas Berkongsi Aksi Nakal Di Instagram

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bintang Bajirao Mastani itu pernah berkongsi bagaimana dia dan suaminya kekal berhubung apabila berjauhan.

“Nick selalu berkata: ‘Saya akan sentiasa bersama kamu’. Dia menyatakan perkara ini sejak dahulu lagi, sebelum kami berumah tangga.

“Saya rasa ketika itu kami tidak sependapat mengenai satu perkara, dan dia berkata, ‘Saya akan sentiasa menyokong kamu. Kita berada di pihak yang sama.’ Dan ia terus mengubah cara saya berkomunikasi dengannya.

“Saya berasakan ia perkara paling hebat dalam perkahwinan ini dan membuatkan saya lebih yakin untuk melakukan semua perkara yang ingin saya lakukan,” jelasnya Januari lalu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Julai 2018 dan berkahwin dalam satu upacara gilang-gemilang di India pada 1 Disember 2018.

Foto: Pinterest

Baca: Eksklusif Detik-Detik Indah Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas