Use your ← → (arrow) keys to browse
Sebuah lukisan yang memaparkan potret luar biasa Puteri Diana dipersembahkan kepada umum baru-baru ini.
Lukisan minyak bertajuk ‘Diana, Princess Of Wales’ yang dipamerkan di galeri Philip Mould & Company, London itu ternyata berjaya mencuri perhatian pengunjung.
Ia dihasilkan oleh Nelson Shanks pada 1994, tiga tahun sebelum kemalangan tragis yang meragut nyawa mendiang di Paris, Perancis ketika berusia 36 tahun.
Dalam karya seni itu, Princess Of Wales menggayakan gaun baldu rona hijau Catherine Walker yang turut disarungnya ketika sesi penggambaran foto majalah Vanity Fair pada 1997.