#PoskadGLAM: Nikmati Kuala Lumpur Bersama Samsung Galaxy Z Flip4 - Glam Malaysia

#PoskadGLAM: Nikmati Kuala Lumpur Bersama Samsung Galaxy Z Flip4

Sudah berapa lama anda tidak berjalan mengelilingi Kuala Lumpur? Biar kami kongsikan bersama anda lokasi terkini anda harus lawati di ibu kota tercinta.

Apabila disebut Kuala Lumpur, pasti diri terasa bangga. Kerana Kuala Lumpur ini namanya menjadi kenalan seluruh dunia. Akan tetapi, jika ditanya apa yang ada di Kuala Lumpur, rata-rata Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) yang pertama terpacul daripada mulutnya. Ketahuilah ibu kota ini kini memiliki lebih daripada itu. Bukan sahaja bangunan bersejarah yang ingin kami kongsikan, lokasi libur terkini juga turut kami senaraikan.

1- Taman Botani Perdana, KL

 Gambar oleh: Marc Tey

 

Taman Botani Perdana ini sudah sedia wujud semenjak 1888 lagi. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Lake Garden, kemudian bertukar nama kepada Taman Tasik Perdana, sebelum menukar kembali kepada nama baharu yang diguna pakai hingga ke hari ini iaitu Taman Botani Perdana, KL. Merupakan sebuah taman awam terbesar di Kuala Lumpur, di sini anda boleh berjumpa dengan pelbagai taman-taman kecil seperti Taman Herba, Taman Sunken dan banyak lagi. Selain merumahkan tumbuh-tumbuhan di situ, anda juga akan berjumpa dengan tempat rekreasi yang sesuai untuk anda sekeluarga beriadah.

See also
Peraturan Kecantikan Keluarga Diraja Kate Middleton Harus Patuh

 

2- River of Life

Gambar: tripadvisor

 

River of Life ini tersenarai antara 10 tepian air terbaik di dunia. Ia terletak berhampiran Pasar Seni dan Chow Kit, anda harus ke sini dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang menarik di sini. Sungai ini terletak mengelilingi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, masjid tertua di Kuala Lumpur ini. Jangan lupa untuk menikmati muzik iringan air pancut di situ seperti Warisan nyanyian Sudirman, bacaan ayat Asma-ul-husna dan sebagainya lagi.

 

3- Jambatan Pintasan Saloma

Gambar: Azril, Skypixel

 

Yang terkini, Jambatan Pintasan Saloma atau juga dikenali sebagai Saloma Link ini dibuka pada bulan Februari tahun ini. Ia adalah antara lokasi pelancongan mesti anda kunjung di Kuala Lumpur. Jika anda mahu bergambar berlatar belakangkan KLCC, datanglah ke sini. Dibina berbentuk sirih junjung, anda disarankan datang pada sebelah malam. Ini kerana ia dihiasi dengan lebih daripada 4000 LED berwarna-warni. 

 

Bergambar Indah Dengan Samsung Galaxy Z Flip4

Bila ingin merakam gambar, pastinya kita mahukan kualiti kamera yang terbaik. Susah hendak mengusung kamera besar seperti DSLR kesana kemari, jadinya kamera telefon pintar adalah yang paling tepat sekali. Untuk mencari kamera telefon yang berkualiti tinggi bukanlah mudah lebih-lebih lagi jika mahukan kualiti yang terbaik untuk gambar yang dirakam pada sebelah malam. 

See also
Fleksibiliti Dan Versatiliti, Taruhan Samsung Galaxy Z Fold5

 

Pautan Berkaitan: Padu Solekan Pilihan GLAM bersama Samsung Galaxy Z Flip4 Anda