Use your ← → (arrow) keys to browse
Tiga bulan selepas Raja Charles III menaiki takhta, Permaisuri Camilla mengetepikan tradisi Diraja yang sebelum ini dijunjung oleh ibu mentuanya, Ratu Elizabeth II.
Baru-baru ini Istana Buckingham mengesahkan Permaisuri Camilla tidak akan melantik ‘lady-in-waiting’ sebagai pengiringnya, menurut editor diraja Daily Mail, Rebecca English.
‘Lady-in-waiting’ adalah jawatan tanpa gaji yang diberikan kepada wanita bangsawan untuk menjalankan tugas yang menyerupai tugasan pembantu peribadi, seperti berurusan dengan surat-menyurat dan menemani permaisuri ke acara Diraja. Ia diperkenalkan pada tahun 1400-an.