Use your ← → (arrow) keys to browse
Katie Nicholl yang merupakan pengarang The New Royals – Queen Elizabeth’s Legacy and the Future of the Crown menjelaskan, Prince of Wales tidak mampu memaafkan Putera Harry atas segala tindakan yang dilakukannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“William tidak semudahnya memberi kemaafan (kepada Harry), bukan hanya kerana perbuatan dan apa yang telah dilakukannya, tetapi juga akibat yang kini terpaksa ditanggung William seorang diri.
“Selama ini dia beranggapan Harry akan menjadi sumber kekuatannya, malangnya kini dia bersendirian. Syukurlah dia mempunyai Kate di sisi,” katanya.
Tambahnya, ketika Duke dan Duchess of Sussex meluahkan hasrat untuk meninggalkan istana, Putera William dan Puteri Kate Middleton menarik nafas lega kerana segala drama bakal berakhir.