Use your ← → (arrow) keys to browse
Enggan membiarkan peminat membuat andaian sendiri, bintang 7 Hari Mencintaiku itu mengesahkan spekulasi yang tersebar.
“Apa yang boleh saya katakan adalah ya, saya failkan kes cerai dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen,” ulasnya.
Namun netizen akan terus berteka-teki mengenai punca keruntuhan rumah tangga mereka memandangkan Siti Saleha enggan mendedahkan alasan mengapa dia menfailkan perceraian.
Sehingga kini tiada siapa mengetahui apakah yang berlaku pada perkahwinan mereka kerana pelakon ini tidak pernah berkongsi masalah rumah tangganya secara terbuka kepada umum.