Use your ← → (arrow) keys to browse
Empat tahun memegang status isteri, rumah tangga Siti Saleha yang dibina atas dasar cinta kini berada di penghujungnya.
Semalam, nama Siti Saleha menjadi perbualan hangat di media sosial setelah dirakam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah.
Walau ramai yang menyangka perkahwinan mereka sedang bergolak, hakikatnya ia lebih parah apabila pelakon berusia 31 tahun itu sebenarnya hadir bagi prosiding sebutan kes perceraiannya.
Prosiding yang turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi berlangsung sekitar jam 10 pagi dilakukan di hadapan hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.