Perkahwinan Rahsia Meghan Markle & Harry: Benar Atau Dusta? - Glam Malaysia
Perkahwinan Rahsia Meghan Markle & Harry: Benar Atau Dusta?

Perkahwinan Rahsia Meghan Markle & Harry: Benar Atau Dusta?

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Keluarga Diraja British dilihat agak misteri dan sentiasa menjaga privasi. Namun menurut temu bual Meghan dan Harry bersama Oprah Winfrey baru-baru ini, kehidupan di Istana Buckingham tidaklah seindah yang disangka rakyat jelata.

Kata Meghan, ahli kerabat Diraja pernah memberi kenyataan berbaur rasisme terhadap anaknya. Malah, mereka juga membiarkan cerita palsu mengenai isteri Harry itu terus tersebar di media.

Dengan pendedahan jujur yang dibuat menerusi Oprah With Meghan and Harry: A CBS Primetime Special, peminat mula tertanya-tanya: Apa hakikat yang sebenarnya? Adakah perkahwinan pertama pasangan ini sah? Dan adakah perkahwinan kedua mereka sekadar jenaka?

An American Energy at the Royal Wedding of Prince Harry and Meghan Markle |  The New Yorker
Foto: Dominic Lipinski/WPA/Getty Images

Menerusi wawancara tersebut, Meghan mendedahkan dia dan Harry telah berkahwin secara tertutup sebelum mengangkat sumpah sebagai suami isteri buat kali kedua di hadapan umum. Upacara pertama dibuat secara privasi dan hanya dihadiri oleh Ketua Biskop Canterbury serta pasangan itu.

Namun apa alasannya? Kata pelakon Suits ini, mereka mahukan perkahwinan bersifat peribadi selain upacara gilang-gemilang yang diatur oleh pihak istana untuk tatapan dunia.

See also
Power Couple Hollywood, Joe Manganiello & Sofia Vergara Umum Perceraian