Use your ← → (arrow) keys to browse
Michelle berkata, dia naik angin apabila melihat Obama mempunyai banyak masa untuk bermain golf atau pegi ke luar negara atas urusan kerja pada bila-bila masa sedangkan dia perlu mengimbangi tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan peguam.
“Dan selama 10 tahun, ketika kami sedang cuba membina kerjaya dan memikirkan tentang sekolah anak-anak serta siapa perlu melakukan tugas apa, saya terfikir, “Ahh, tugas yang saya dan suami pikul tidak seimbang,’” ujarnya.
“Dan percaya atau tidak, perkahwinan bukan 50/50 – ia tidak pernah terjadi. Kadangkala saya 70, suami 30. Tetapi kami telah berumah tangga selama 30 tahun. Jadi saya sanggup menerima 10 tahun yang penuh kekurangan itu dalam 30 tahun ini,” tambahnya.