Use your ← → (arrow) keys to browse
Walau dilihat seperti merpati dua sejoli, Michelle Obama mengakui tidak dapat bersabar dengan Barack Obama pada tahun-tahun awal perkahwinan mereka.
Michelle yang merupakan bekas wanita pertama Amerika Syarikat berkongsi pergelutannya membesarkan dua cahaya mata tanpa bantuan Obama dan mengakui dia memikul beban berlebihan dalam rumah tangga.
“Orang menganggap saya biadab kerana bercakap mengenai perkara ini. Tetapi pada 10 tahun pertama perkahwinan, saya sememangnya tidak tahan hidup dengan Barack.
“Dan bilakah saat itu? Ketika anak-anak kami masih kecil,” katanya ketika menyertai barisan panel Revolt TV di samping H.E.R., Winnie Harlow, Kelly Rowland dan Tina Knowles baru-baru ini.