Tiga Destinasi Percutian Termewah Eropah!
Percutian Termewah

Tiga Destinasi Percutian Termewah Eropah!

Eropah adalah destinasi percutian yang popular atas pelbagai alasannya. GLAM merekomendasikan tiga destinasi pelancongan termewah Eropah dalam menelusuri tiga bandar ikonik; Monte-Carlo, Madeira dan Megève.

Ada sahaja aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelbagai lapisan individu, dari pengalaman backpacker yang berpatutan di sekitar kota utamanya. Beralih kepada makan angin di pusat peranginan ski atau kampung terpencil nan mewah. Terdapat beberapa bandar yang menarik dan penting dalam sejarah di dunia. Biar salju mahupun bermandikan kehangatan musim panas; GLAM merekomendasikan tiga destinasi percutian termewah di Eropah bagi mengisi bucket list kembara anda tahun ini!

Monte-Carlo

Monte-Carlo terkenal dengan hotel dan kasino yang menakjubkan, malah kota ini mendapat pengiktirafan Hollywood berkali-kali menerusi filem James Bond dan Ocean’s Twelve. Terdapat kekayaan yang sangat besar di Monaco lantas selama lebih seabad kotanya terus menjadi destinasi eksklusif di Eropah; eperti yang diperincikan oleh Monte-Carlo Société des Bains de Mer.

Selain kekayaan budayanya, Monte-Carlo sebenarnya lebih daripada sekadar himpunan rangkaian hotel mewah yang mengambil lokasi di sebelah tebing batu yang besar. Lantas bertentangan dengan persisiran lautan yang dipenuhi dengan superyacht mewah.

See also
Nadi Baru Le Roseau

Jika ingin menghadiri acara berprestij, Monaco menganjurkan Grand Prix setiap tahun pada penghujung Musim Bunga, dan Casino de Monte-Carlo pula tampil mengimbangi liburan rangkaian hiburan formal dari persembahan bintang muzik secara intim lagi privat; beralih pula kepada pementasan balet dan opera, juga pertunjukan Kapal Layar Monaco.

Madeira

Madeira tidak terkenal seperti Monaco, walaupun ia sering dikaitkan dengan tempat kelahiran Cristiano Ronaldo. Sekalipun, tidak sekecil Monaco, hakikatnya ia saling tidak tumpah seperti Monaco dari segi garis persisiran pantai yang menakjubkan lagi kaya dengan budaya.

Kini, Madeira telah menjadi lebih mudah diakses dengan penerbangan yang lebih kerap ke sana. Dikenali dengan tumpuan pada perkhidmatan termasuk layanan mesra para komuniti setempatnya, terdapat himpunan hotel lima bintang untuk dipilih. Anda bakal berasa seperti di syurga pulau terpencil. Namun ia cukup besar untuk diterokai dengan pelbagai aktiviti, terutamanya bagi mereka yang mendambakan keindahan alam semula jadi.

Madeira juga menawarkan kepelbagaian hidangan makanan yang mengagumkan untuk sebuah pulau. Sudah tentu, makanan laut menjadi senjatanya lantas berpunya beberapa restoran berbintang Michelin yang menawarkan masakan Portugal yang hebat. Akan tetapi Madeira juga berpunya seleksi hidangan gastronomi yang tersendiri.

See also
Buku Fashion Eye Meraikan Kembara Louis Vuitton

Megève

Dianggap sebagai salah satu pusat peranginan ski paling mewah di dunia, Megève ialah sebuah bandar peranginan yang indah di Perancis. Makan angin di Megève begitu indah baik untuk musim panas mahupun berdamping salju musim sejuk.

Walaupun ia hanya sebuah bandar kecil, Megève berpunya beberapa rangkaian hotel bertaraf lima bintang selain menyaksikan perkampungan gunung yang asli. Terletak di Perancis, lokasinya begitu hampir dengan sempadan Switzerland dan Itali sehingga lantas menawarkan pelbagai pilihan gastronomi. Perjalanan untuk ke bandar ini juga mengambil masa hanya sejam memandu dari Geneva.

Sudah tentu, destinasi liburan kereta kabel Rochebrune adalah satu kemestian bagi menemukan pemandangan terulung banjaran Alps, dan Musée de Megève ialah sebuah muzium kecil yang membantu meringkaskan kemewahan sejarah bandar ini. Bagi mereka yang ingin mengeluarkan peluh di luar aktiviti ski, Palais des Sports adalah sebuah pusat sukan yang menampilkan kolam renang, gelanggang ais serta banyak lagi sukan lain untuk dicuba.

Pautan berkaitan: 4 Set Hidangan Mewah Terbaik 2022

See also
Samsung Galaxy Watch6, Jam Pintar Mesti Miliki!