Pengalaman Janna Nick Berdepan Dengan Penyakit Bipolar - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Pengalaman Janna Nick Berdepan Dengan Penyakit Bipolar

Pengalaman Janna Nick Berdepan Dengan Penyakit Bipolar

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pelakon berusia 26 tahun ini mengakui, penyakit yang dihadapinya menjadi semakin teruk setelah memegang peranan sebagai pesakit mental bernama Anom menerusi drama Misteri Mona tahun lalu. Hatinya juga seolah-olah tidak tenang apabila menonton kembali lakonannya dalam siri tersebut.

“Sepanjang penggambaran saya sering berasa lemah dan migrain. Saya memegang watak seorang pesakit skizofrenia yang sentiasa overdose ubat-ubatan kerana suaminya ingin cuba mengawal penyakit yang dihidapinya.

“Setiap hari selepas balik dari penggambaran saya berasa lesu. Otak saya penat. Saya tak mahu berjumpa orang, tak mahu bersiap,” ujarnya.

April lalu, Janna mendedahkan dia bergantung kepada ubat anti-kemurungan (Escitalopram) dan Carbamazepine (CBZ) yang dibekalkan doktor untuk mengawal masalah yang dialaminya.

 

Foto: Thestar

 

Baca: Naomi Osaka Tarik Diri Daripada French Open Disebabkan Isu Kesihatan Mental