Use your ← → (arrow) keys to browse
Enam bulan sudah berlalu sejak pelakon dan pengacara, Janna Nick mengesahkan dirinya menghidap gangguan mental.
Kini, Janna berkongsi pengalaman yang dilaluinya sebagai pesakit bipolar dengan lebih lanjut menerusi Instagram Story.
Bintang Marry Me Senorita ini menjelaskan, dia mendengar beberapa suara dalam fikiran pada masa yang sama sehingga menyukarkannya untuk memberi tumpuan. Malah hati dan fikirannya juga tidak sehaluan.