Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang Cuba, Ana de Armas tampil sebagai salah seorang aktres paling popular dalam sejarah Hollywood menerusi filem terbaharu, Blonde.
Ana akan menggalas watak sebagai Marilyn Monroe dalam filem arahan Andrew Dominik yang diterbitkan oleh bintang Ad Astra, Brad Pitt bersama empat lagi penerbit iaitu Dede Gardner, Jeremy Kleiner, Tracey London dan Scott Robertson.
Diadaptasi daripada novel tahun 2000 hasil karya Joyce Carol Oates dengan judul sama, filem itu menggabungkan fakta dan fiksyen mengenai perjalanan hidup Marilyn dari zaman kanak-kanaknya yang goyah sebagai Norma Jeane sehingga dia meniti populariti di Hollywood.