Pelakon Lagenda Gena Rowlands Meninggal Dunia
Pelakon Lagenda Gena Rowlands Meninggal Dunia

Pelakon Lagenda Gena Rowlands Meninggal Dunia

Pelakon filem The Notebook, Gena Rowlands menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun ditemani ahli keluarganya di Indian Wells. 

Terkenal dengan lakonannya di dalam filem The Notebook dan A Woman Under the Influence, aktres Gena Rowlands meninggal dunia pada usia 94 tahun. Kematian beliau disahkan oleh pejabat ejen anaknya, Nick Cassavetes. Cassavetes, yang juga pengarah filem The Notebook pernah berkongsi bahawa ibunya menghidapi Alzheimer sejak tahun 2019 lagi. Menurut laporan portal TMZ, Rowlands meninggal dunia di kediamannya di Indian Wells, California, dikelilingi oleh ahli keluarganya. 

Gena Rowlands

Rowlands Meneruskan Bidang Lakonan Demi Anak-Anak

Selepas kematian suaminya pada tahun 1989 akibat sirosis hati, Rowlands kembali berlakon untuk mengatasi kesedihannya dan untuk anak-anaknya yang menjadi pengarah-pelakon. Beliau mengambil peranan dalam pengarahan sulung anak lelakinya Nick, Unhook the Stars (1996), filem hitnya The Notebook (2004), dan Yellow (2012).  Beliau juga berlakon dalam filem anak perempuannya Zoe, Broken English (2007). Rowlands juga memimpin drama coming-of-age pada tahun 1995 arahan Terence Davies, The Neon Bible, yang berlatarbelakangkan Georgia pada tahun 1940-an.

Peranan Rowlands sebagai Mabel Longhetti dalam drama A Woman Under the Influence pada tahun 1974 ditulis khas untuknya dan diarahkan oleh suaminya John Cassavetes. Filem ini membawanya kepada pencalonan pertama untuk Anugerah Akademi. Pencalonan yang satu lagi adalah untuk Gloria (1980), yang juga diarahkan oleh suaminya. Pada November 2015, beliau telah dianugerahkan Anugerah Akademi Kehormat di Anugerah Governors tahunan sebagai pengiktirafan terhadap kerjaya beliau yang cemerlang.

Rowlands, atau nama sebenarnya Virginia Cathryn Rowlands dilahirkan pada 19 Jun 1930 di Cambria, Wisconsin, AS. Bapanya adalah seorang pekerja bank dan ahli politik, sementara ibunya seorang pelakon. Rowlands berpindah ke New York untuk mempelajari seni drama di American Academy of Dramatic Arts selepas menamatkan pengajian di kolej. Berada di dalam bidang lakonan ialah impian Rowlands lebih-lebih lagi dia seorang yang suka membaca. Rowlands pernah bekerja dalam teater dan televisyen sebelum membuat penampilan sulung dalam filem Middle of the Night pada tahun 1956..