Use your ← → (arrow) keys to browse
Legenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei menerima pengiktirafan istimewa apabila dipamerkan dalam bentuk patung lilin di muzium terkenal Madame Tussauds.
Ini menjadikan legenda badminton negara itu sebagai atlet Malaysia pertama menghiasi Madame Tussauds dan individu kedua selepas bintang Hollywood kelahiran Perak, Tan Sri Michelle Yeoh.
Patung lilin Chong Wei ditampilkan dalam jersi tanpa lengan dan seluar pendek berwarna biru serta sepasang kasut gabungan rona biru dan hijau limau sambil tangan kanannya memegang raket.
Jersi tersebut adalah yang sama dipakainya ketika Sukan Olimpik Rio 2016 yang menyaksikan dirinya meraih pingat perak ketiga dan terakhir di temasya itu.