Use your ← → (arrow) keys to browse
November tahun lalu, Park Shin Hye mengejutkan peminat dengan berita kehamilannya sekali gus mendedahkan bahawa dia bakal bergelar isteri tidak lama lagi.
“Saya berasa gementar untuk berkongsi satu berita dengan anda semua hari ini, namun saya juga bimbang anda akan terkejut jika mendapat tahu daripada pihak lain.
“Saya akan mendirikan rumah tangga dengan insan yang telah lama bertakhta di hati. Dia menjadi tulang belakang saya sejak sekian lama dan menerima segala kekurangan diri ini, dan saya mahu memulakan hidup baru dengannya sebagai pasangan suami isteri.
“Walau berasa ragu-ragu untuk berkongsi berita ini kerana masih di peringkat awal, saya ingin mengumumkan bahawa saya kini sedang hamil. Saya mahu anda menjadi yang pertama mengetahuinya,” tulisnya di media sosial.