Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang Itaewon Class, Park Seo Joon dikhabarkan bakal mencipta nama di Hollywood tidak lama lagi.
Portal media Korea Selatan mendedahkan, Park ditawarkan peranan dalam filem sekuel Captain Marvel 2019, The Marvels.
Menurut laporan Star News, dia baharu selesai menjalani penilaian dalaman serta perbincangan selepas menerima tawaran tersebut.
Namun sehingga kini agensi pengurusan Park, Awesome ENT belum membuat sebarang pengumuman mengenai khabar angin yang sedang bertebaran. Apabila ditanya mengenai hal tersebut, jawapan yang diberikan hanyalah, “No comment.”