Use your ← → (arrow) keys to browse
Paris dan Carter mengikat tali pertunangan Februari lalu setelah menjalin cinta selama setahun.
Dalam satu wawancara sebelum ini, dia menggelar Carter sebagai lelaki idaman dan mengatakan dia yakin seratus peratus bahawa usahawan itu adalah jejaka yang tepat buatnya.
“Saya sangat teruja untuk melangkah ke peringkat seterusnya dan akhirnya mempunyai kehidupan sebenar. Saya benar-benar percaya, keluarga dan cahaya mata adalah erti kehidupan. Saya tidak pernah melaluinya sebelum ini kerana belum berjumpa jejaka yang benar-benar layak menerima cinta saya, dan kini saya telah menemuinya.”