Use your ← → (arrow) keys to browse
Tatjana Patitz, salah seorang supermodel terulung di pentas fesyen 90-an meninggal dunia pada usia 56 tahun.
Seorang wakil mengesahkan khabar duka itu kepada Women’s Wear Daily dan Vogue sekali gus mendedahkan punca kematian Tatjana adalah disebabkan oleh barah payudara metastatik.
“Tatjana sentiasa menjadi simbol gaya Eropah, seperti campuran Romy Schneider dan Monica Vitti. Dia kurang diperhatikan berbanding rakan sebayanya — lebih misteri, lebih matang, lebih sukar didekati — dan itulah daya penarik dirinya,” kata Anna Wintour, ketua pengarang Vogue.