Oceane Cyril Alagia Kisah Cinta Di Tengah Tradisi dan Moden - Glam Malaysia

Oceane Cyril Alagia Kisah Cinta Di Tengah Tradisi dan Moden

Figura yang memberi inspirasi dengan kisah peribadi yang tersimpan rapi. Telah mencuri perhatian ramai, kini dikenali sebagai Oceane Cyril Alagia.

Daripada kehidupan yang tidak banyak diketahui kepada seorang wanita penuh inspirasi, kini melangkah dalam dunia baru dengan penuh keyakinan. Oceane Cyril Alagia diikenali sebagai Oceane Hafiz Alagia, ialah isteri kepada Tengku Muhammed Hafiz, anak kepada ahli politik terkenal Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (juga dikenali sebagai Ku Nan). Perkahwinan mereka pada tahun 2020 menjadi tumpuan ramai kerana skala besar majlis tersebut yang berlangsung semasa pandemik COVID-19. Di sebalik senyuman anggun, terdapat kisah wanita yang kini menjadi sebahagian keluarga terhormat Malaysia.

Oceane Cyril Alagia Milik Tengku Muhammed Hafiz, Ibarat Cincin Dengan Permata.

Oceane Cyril Alagia
Ciri-ciri wajahnya yang menawan, dipadankan dengan gaya fesyen yang sentiasa moden dan elegan, mencerminkan citarasa yang tinggi dan sofistikated. Senyuman manis dan ekspresi wajah yang tenang menunjukkan kedalaman peribadinya, memberi gambaran bahawa kecantikannya bukan sekadar luaran, tetapi juga hasil daripada sifat dalaman yang penuh dengan kasih sayang.
Oceane Cyril Alagia
Majlis perkahwinan yang telah diadakan pada Disember tahun 2020 buat Oceane dan Tengku Muhammed Hafiz, adalah pertembungan tradisi dan inovasi, di mana cinta dan warisan keluarga bertaut dalam sebuah majlis megah yang disaksikan oleh ribuan mata. Manakala, latar belakang peribadi Oceane sebelum berkahwin dengan Tengku Muhammed Hafiz tidak banyak diketahui, tetapi perkahwinannya menarik perhatian ramai apabila dia mengahwini Tengku Muhammed Hafiz.
Oceane Cyril Alagia
Wanita yang  cukup menawan dan penuh keaggunan, Oceane Hafiz Alagia memancarkan kecantikan semula jadi dan keanggunan yang memikat hati sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya. Kecantikannya tidak hanya terletak pada rupa parasnya, tetapi juga pada cara dia membawa dirinya penuh dengan ketenangan, keyakinan, dan keanggunan. Walaupun butiran kehidupan peribadinya sebelum perkahwinan kurang didedahkan, kehadirannya di acara-acara awam sentiasa menarik perhatian ramai kerana pesona dan daya tarikan yang dimilikinya. Sudah pun 4 tahun mereka mendirikan rumah tangga, cinta gelora hati saling menabur kasih kini bertiga. Naira, nama yang diberikan, puteri kepada Oceane dan Tengku Hafiz.
Oceane Cyril Alagia