Naomi Osaka: 5 Fakta Menarik Mengenai Juara Tenis & Fashion New IT Girl - Glam Malaysia

Naomi Osaka: 5 Fakta Menarik Mengenai Juara Tenis & Fashion New IT Girl

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Juara Terbuka Australia 2021, Naomi Osaka bukan sahaja terus melakar sejarah di atas gelanggang tenis antarabangsa, dia juga mencipta nama sebagai aktivis dan trailblazer fesyen terbaharu!

Namanya terus menyinar di atas gelanggang tenis. Hari ini, Naomi Osaka bijak menyusun langkahnya sebagai seorang aktivis dan gadis fesyen semasa. Ketika kejohanan Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, dia bikin statement dengan memakai pelitup muka yang menampilkan nama-nama rakyat Amerika Syarikat berbangsa Afrika yang telah dibunuh oleh pihak polis. Dia yang membesar di Osaka, Jepun dan Long Island, New York juga meminati fesyen. Selepas kemenangan kedua di Terbuka Australia, dia telah bergambar bersama trofi Daphne Akhurst Memorial Cup dalam persalinan Louis Vuitton untuk musim Cruise 2021 bersama perhiasan kemas LV Volt dan sniker Archlight.

Berikut adalah lima perkara menarik yang mungkin anda tidak tahu mengenai Naomi Osaka:

1. The New Fashion It Girl

Foto: Louis Vuitton

Di atas gelanggang, dia mengenakan rekaan Nike. Di luar arena sukan pula, dia melangkah ke minggu fesyen dalam balutan rekaan label fesyen ternama. Awal tahun ini, dia telah dilantik sebagai wajah baharu rumah fesyen ikonik, Louis Vuitton. Dia telah membintangi kempen musim bunga 2021 yang dirakamkan sendiri oleh Pengarah Kreatif, Nicolas Ghesquière. Awal tahun ini, dia telah dilantik sebagai duta buat jam tangan Tag Heuer selain melayari muka hadapan majalah Vogue untuk edisi Januari 2021.

See also
Punca Sebenar Perceraian Brad Pitt-Angelina Jolie Terbongkar Selepas Tiga Tahun