Use your ← → (arrow) keys to browse
Sebelum ini, pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 itu pernah berkongsi pergelutan mereka untuk memperoleh cahaya mata.
Mona berkata, dia dan suami melakukan pelbagai ikhtiar untuk bergelar ibu bapa termasuk rawatan cara Islam, selain mengamalkan minum air kelapa bakar berserta doa.
Impian mereka akhirnya dimakbulkan Tuhan apabila pelakon Hati Yang Dikhianati itu disahkan hamil selepas tiga tahun, sebelum berkongsi berita gembira itu bersama peminat ketika usia kandungan memasuki enam bulan.
Pasangan itu telah pun memilih nama buat bayi sulung mereka namun belum bersedia untuk mengumumkannya buat masa sekarang.