Mona Allen & Pekin Ibrahim Timang Anak Sulung Pada Hari Merdeka - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Mona Allen & Pekin Ibrahim Timang Anak Sulung Pada Hari Merdeka

Mona Allen & Pekin Ibrahim Timang Anak Sulung Pada Hari Merdeka

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jelas Pekin, Mona sepatutnya bersalin pada tanggal 9 September namun doktor mendapati pintu rahimnya telah terbuka ketika melakukan pemeriksaan.

“Kami tidak merancang atau memilih tarikh yang cukup bermakna ini. Sebaliknya Mona ditahan di wad selepas melakukan pemeriksaan doktor, apabila pintu rahim sudah terbuka tiga sentimeter.

“Sebagai bapa saya gembira kerana sudah tiga tahun menantikan kehadiran zuriat bagi menyerikan rumah tangga. Kegembiraan kami berganda apabila bayi yang dinantikan lahir pada Hari Kebangsaan 2022,” katanya, menurut BH Online.