Momen-Momen Menarik Tony Awards 2024
Momen-Momen Menarik Tony Awards 2024

Angelina Jolie & Anak Antara Momen Menarik di Tony Awards 2024

Anugerah berprestij Tony Awards kembali lagi pada tahun 2024 dengan momen-momen yang menarik buat para peminat musikal. 

Tony Awards kembali lagi pada tahun ini, bertempat di Teater Lincoln Center’s David H. Koch di kota New York. Tahun ini merupakan tahun ke-77 anugerah berprestij ini diadakan. Tujuan Tony Awards diwujudkan adalah bagi menghargai mereka yang telah menjayakan produksi Broadway sepanjang tahun 2023 dan 2024. GLAM bawa anda menyelami momen-momen menarik di Tony Awards 2024.

Momen Karpet Merah Angelina Jolie dan Viviene Jolie-Pitt

Angelina Jolie yang juga merupakan salah seorang penerbit kepada musikal The Outsider, muncul di karpet merah bersama anak bongsunya, Vivienne Jolie-Pitt. Vivienne berada di anugerah tersebut sebagai pembantu penerbit untuk filem yang sama. Angelina mengenakan gaun berwarna teal daripada Versace datang bersama Vivienne yang mengenakan sut dengan warna yang sama seperti ibunya. Musikal The Outsider telah mendapat 12 pencalonan di dalam Tony Awards pada tahun ini dan turut memenangi anugerah bagi kategori Musikal Terbaik.

tony awards

Pencalonan Ketiga dan Kemenangan Pertama Kara Young di Tony Awards

Bintang Broadway, Kara Young, telah dicalonkan di Tony Awards sebanyak tiga kali pada tiga tahun berturut turut. Pada tahun 2022, Kara tercalon buat musikal Clyde’s. Cost of Living pada tahun 2023 dan Purlie Victorious pada tahun ini. Kara telah membawa pulang trofi pencalonan kategori ‘Featured Actress’ pada tahun ini, sebagai kemenangannya yang pertama selepas tercalon selama tiga tahun. “Dia layak menerimanya.” Kata Kara ketika menerima anugerahnya sebagai Lutiebelle, wataknya di dalam musikal Purlie Victorious. 

Persembahan Mengejutkan Oleh Jay-Z dan Alicia Keys

Penampilan rapper terkenal Jay-Z untuk menyokong rakannya, Alicia Keys dalam musikal Hell’s Kitchen mengejutkan orang ramai. Mereka berdua mempersembahkan lagu hit mereka pada tahun 2009, Empire State of Mind. Persembahan itu menarik perhatian ramai kerana pada awalnya Alicia sedang mempersembahkan medley daripada musikalnya, Hell’s Kitchen dan kemudiannya disertai oleh rapper terkenal itu. Lebih mengejutkan lagi, persembahan Jay-Z itu sebenarnya telah dirakam terlebih dahulu. Musikal Hell’s Kitchen telah menerima dua anugerah pada malam Ahad itu. 

Kemenangan Pertama Daniel Radcliffe di Tony Awards

Aktor yang terkenal dengan watak ahli sihirnya, Harry Potter akhirnya menjadi pemenang Tony Awards. Daniel Radcliffe telah menjadi salah seorang penerima anugerah kategori ‘Best Featured Actor’ pada malam Ahad yang lalu dengan wataknya dalam musikal kelimanya, Merrily We Roll Along. “Ini adalah salah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya,” kata Daniel di dalam ucapannya. Daniel memegang watak Charley Kringas, seorang penulis lirik yang menjadi seorang pengarang yang bekerjasama dengan seorang komposer yang berbakat.  

Ucapan Mengharukan Oleh Aktres Kecia Lewis

Penyanyi dan aktres Kecia Lewis bukanlah nama yang asing dalam industri Broadway. Kecia telah melakukan persembahan sulungnya pada tahun 1981 di dalam musikal Dreamgirls. Aktres ini melakonkan watak Miss Liza Jane di dalam musikal Hell’s Kitchen dan telah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik menjadikan ini ialah pencalonan dan kemenangan pertamanya di Tony Awards. “Saya ingin berterima kasih kepada mereka yang berada di dalam hidup saya dan memastikan saya untuk tidak berputus asa,” kata Kecia dalam ucapannya. “Berada di dalam industri ini selama 40 tahun, banyak kali saya ingin berputus asa,” ujarnya lagi. Kecia akhirnya mendapat anugerah di Tony Awards selepas 40 tahun kariernya sebagai seorang aktres. 

Kemenangan Besar Untuk Wanita-Wanita Broadway

Di dalam industri yang dinominasikan oleh lelaki, Tony Awards tahun ini membuktikan kehebatan wanita-wanita yang berada di dalam industri musikal. Dengan kebanyakkan kategori terbesar didominasikan oleh wanita, antara momen terbesar pada hari anugerah ini ialah kemenangan Dede Ayite sebagai wanita berkulit hitam pertama yang memenangi Anugerah Rekaan Kostum Terbaik. Karya seninya dalam musikal Jaja’s African Hair Braiding berjaya menaikkan namanya di dalam majlis berprestij ini. Kemenangan Danya Taymor, pengarah kepada musikal The Outsiders juga tidak kurangnya, menjadi dia wanita keenam yang menapat penghargaan ini sepanjang sejarah Tony Awards.