Use your ← → (arrow) keys to browse
Pencapaian Mengagumkan Michelle Yeoh
Pelakon berusia 60 tahun itu melakar sejarah Mac lalu apabila menjadi pelakon Asia dan rakyat Malaysia pertama memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95. Trofi itu diraihnya menerusi persembahan cemerlang dalam Everything Everywhere All At Once. Dalam filem komedi itu, dia memainkan watak Evelyn Wang, seorang pendatang berbangsa Cina, isteri dan ibu yang perlu menyelamatkan dunia.
Foto: Getty Images
Michelle Yeoh turut membawa pulang trofi daripada dua anugerah berprestij menerusi filem sama. Dia dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal & Komedi di Golden Globes 2023 yang berlangsung pada bulan Januari. Penghormatan itu telah lama dinantikannya sejak terlibat dalam industri perfileman Hollywood pada 1997 menerusi filem James Bond, Tomorrow Never Dies.
“Saya hanya akan berdiri di pentas ini dan menikmati semua ini. Empat puluh tahun… Saya tidak akan melepaskan peluang ini,” katanya sambil menggenggam trofi emas miliknya. Sebulan kemudian, dia dianugerahkan trofi Pelakon Wanita Terbaik di Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2023. Michelle Yeoh menewaskan nama-nama besar Hollywood yang dicalonkan dalam kategori sama iaitu Cate Blanchett (Tar), Viola Davis (The Woman King), Ana de Armas (Blonde) dan Danielle Deadwyler (Till).