Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 01

Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 05

Royal Oak: From Iconoclast to Icon

Tampil bertepatan buat meraikan ulang tahun ke-50 jam tangan Royal Oak; Audemars Piguet mempersembahkan risalah mewahnya berjudul From Iconoclast to Icon, tulisan wartawan dan pemangku ketua editor majalah Wallpaper, Bill Prince. Demikian, risalah perintis ini diterbitkan oleh Assouline, yang terdahulunya menerbitkan penceritaan juga perkongsian visual yang ditulis oleh Martin K. Wehrli dan Heinz Heimann pada tahun 2012 mengenai model AP yang terkenal dalam sedekad yang lalu. Kehadiran buku mewah ini pastinya bakal menyerikan rak buku para pemuja himpunan Royal Oak. Dalam pada waktu yang sama, menjadi satu kemestian buat bahan bacaan atau referensi selautan peminat lapangan horologi dunia secara keseluruhannya. 

Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 06

Buku mewah ini, membentangkan sejarahnya yang terperinci, termasuk apa jua yang terkait daripada reka bentuk awal jam tangan Gérald Genta dan maklumat menarik mengenai ciptaan dail tapisserie yang terkenal. Prince turut menyajikan konteks yang kaya dengan peristiwa bersejarah dalam lapangan seni, fesyen, seni bina dan inovasi teknikal yang berlangsung serentak pada tahun Royal Oak diciptakan. “Apa yang benar-benar menarik saya untuk menulis buku dan menceritakan kisah Royal Oak ialah rangka sejarahnya, dari tahun ’72 sehingga hari ini,” kata Prince. “I’m not quite old enough to have been in the market for a Royal Oak in 1972. Namun, sudah pastinya saya membesar dengan pengaruh lewat tahun ’60-an dan awal ’70-an. Jadi bagi saya, rangka kerja budaya ini adalah sangat penting lalu menceritakan kisah bagaimana Royal Oak beroleh mengekalkan posisinya dalam langit budaya selama 50 tahun.”

See also
Kekal Langsing Pada Usia 50-an, Apa Rahsia Halle Berry?

Mesti Baca, 3 Risalah Mewah Assouline 07

Menerusi setiap paparan muka suratnya, Price menyelam ke dasar arkib Genta atas bantuan isteri mendiang, Evelyne Genta; selain berkhidmat sebagai duta untuk U.K. di Monaco. Di samping, merupakan penyaring legasi serta informasi lebih 3,400 lukisan suaminya di bawah bumbung rumah bandar Georgian di London. Keduanya membantu berkongsi gambaran, bukan sahaja menerusi susuk reka bentuk Genta yang hebat. Turut membawakan pendekatan keseluruhannya buat bentuk serta fungsi untuk referensi segenap pemuja himpunan Royal Oak di dunia ini.