Menu Eksklusif Nespresso Dan W Kuala Lumpur
Nespresso Professional memperkenalkan Nespresso Momento Coffee, sebuah sistem kopi tanpa sentuhan dan menu eksklusif Peru Organic bersama W Kuala Lumpur.
Diilhamkan daripada evolusi cara bekerja era pendemik, Nespresso Professional melancarkan mesin Nespresso Momento Coffee untuk pengalaman kopi yang tulen, mampan dan berkualiti tinggi. Pengenalan mesin kopi terbaharu ini juga ditemani dengan pelancaran kopi pertama yang disahkan organik dalam rangkaian kopi Professional Origins, Peru Organic. Kerjasama bersama W Kuala Lumpur turut terjalin dengan menu eksklusif menggunakan kopi Peru Organic.
Nespresso Momento Coffee direka dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara peminat kopi terutamanya dalam kalangan rakan sepejabat, serta pengunjung di hotel. Selain itu, pengalaman seperti ini juga dapat menggalakkan kreativiti dalam penghasilkan kopi mengikut cita rasa dan personaliti masing-masing.
Dalam usaha mencipta masa hadapan yang mampan, Nespresso Professional telah menjalinkan kerjasama dengan W Kuala Lumpur. Rangkaian hotel antarabangsa yang terkenal ini turut menghargai kelestarian, lantas menawarkan mesin Nespresso Momento Coffee dan juga Peru Organic kepada pengunjung mereka.
Melalui kerjasama ini, W Kuala Lumpur turut melancarkan set menu eksklusif yang dihasilkan menggunakan kopi Nespresso Professional. Boleh didapati dari 20 Mei hingga 25 Jun 2022 pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja, menu empat sajian ini berharga RM248 seorang. Tempahan boleh dilakukan di W Kuala Lumpur dengan menghubungi +603-2786 8888 atau bf.wkualalumpur@whotels.com.
Mesin ini kini tersedia dengan harga RM 6,480 seunit, dan pengguna baharu boleh mendapatkan Pakej Aluan pada harga RM 6,099 sahaja, yang merangkumi 1 unit Aeroccino, 5 kotak kopi terpilih dan 1 unit kotak kapsul. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mesin ini dan Peru Organic, layari laman web rasmi Nespresso Professional.
Foto: Nespresso Malaysia
Baca lebih lanjut: Jennie Blackpink & V BTS Dilamun Cinta?