Use your ← → (arrow) keys to browse
7. Usia dan Kematangan
Pemilihan umur turut menjadi persoalan penting dalam pemilihan pasangan. Lazimnya, individu memilih pasangan yang berada dalam kelompok umur yang sama. Namun, lelaki lebih cenderung memilih wanita yang sebaya ataupun lebih muda. Bagi wanita pula, mereka lebih selesa memilih lelaki yang sebaya ataupun sedikit tua daripadanya. Namun di zaman serba moden ini, tiada lagi diskriminasi jantina berlaku di mana tugas dan tanggungjawab suami isteri dipandang sama rata. Isteri juga boleh menjadi pelindung kepada suami, bersikap dewasa dan berfikiran matang. Manakala, suami juga boleh membantu isteri dalam hal rumah dan juga anak-anak.