Use your ← → (arrow) keys to browse
5. Berpendidikan Lagi Berilmu Tinggi
Taraf pendidikan selalunya dikaitkan dengan pekerjaan atau jawatan yang dipegang oleh seseorang. Sekufu daripada segi taraf pendidikan pula dikaitkan dengan kesamaan daripada segi status sosioekonomi. Secara umumnya, dua individu yang mempunyai taraf pendidikan yang sama lebih mudah memperoleh kesesuaian dalam pelbagai aspek seperti cara berfikir, berkomunikasi dan bergaul dengan orang di sekeliling. Memilih pasangan yang setaraf daripada segi pendidikan juga bertujuan supaya masing-masing tidak berasa rendah diri dengan keupayaan dan pencapaian masing-masing.