Use your ← → (arrow) keys to browse
1. Kenali Perbuatan Bukan Ucapan
Memang mudah untuk jatuh hati kepada setiap ucapan yang diluahkan. Akan tetapi, dalam memilih pasangan hidup si dia haruslah mempunyai kriteria yang matang dan tidak kebudak-budakkan. Perhatikan setiap perbuatan si dia adalah cara paling mudah untuk mengetahuinya. Jika perbuatannya hanyalah yang merosakkan akhlak, tidak disenangi ramai dan sebagainya, mustahil anda boleh hidup lama dengannya, kan? Akhlak yang baik sudah tentu akan membawa kita ke arah yang lebih baik di kemudian hari.