Use your ← → (arrow) keys to browse
Hampir setahun menimang cahaya mata pertama, Ewan McGregor dan Mary Elizabeth Winstead akhirnya selamat bergelar suami isteri.
Ewan dan Mary disatukan dalam satu majlis kecil-kecilan pada hujung minggu lalu di hadapan ahli keluarga dan rakan terdekat selepas lebih lima tahun menjalin hubungan cinta.
“Ia berlangsung dalam satu upacara intim yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat. Majlis mereka berlangsung dalam suasana indah dan menggembirakan.
“Mary dan Ewan adalah pasangan secocok. Mereka sukakan kesederhanaan dan mencintai kehidupan jauh dari kota. Mereka sering menghabiskan masa dengan mendaki dan bersantai di tepi pantai,” satu sumber memberitahu portal People.