Use your ← → (arrow) keys to browse
“Mempunyai banyak masa di rumah, saya rasa ramai orang berdepan masalah serupa: Alkohol. Anda boleh ambil bila-bila masa, tiada halangan. Tiada masalah jika anda sedikit mabuk ketika Zoom, tiada siapa akan tahu,” katanya.
Namun apabila Payne melihat tubuhnya yang berisi di kaca televisyen, dia nekad untuk mula bersenam dan berhenti mengambil alkohol.
“Saya mendapat panggilan daripada Harry baru-baru ini, dia mahu bertanya khabar. Sesetengah orang bagaikan ada deria keenam apabila orang lain sedang bergelut dengan sesuatu. Harry seperti itu. Dia seorang jejaka yang baik hati. Saya menyayanginya dengan sepenuh jiwa,” ujarnya.