Mereka jarang meninggalkan bilik hotel kerana tidak mahukan perhatian, menyebabkan Payne mula mengambil alkohol dan menjadi ketagih.
“Pada satu tahap, saya hanya menyangka, ‘Okey, saya akan berparti seorang diri sekali-sekala’ namun malangnya ia berlanjutan selama bertahun-tahun. Ia cukup sukar namun itu satu-satunya cara untuk menghilangkan kekecewaan pada hari tersebut,” jelasnya yang kecewa kerana tidak diberi kebebasan membuat pilihan ketika bersama kumpulan itu.
Apabila pandemik Covid-19 bermula, Payne menggunakan kesempatan ini untuk berehat daripada menghasilkan muzik bagi memulihkan dirinya, namun ia menjadi lebih buruk.