Use your ← → (arrow) keys to browse
Ketika berjuta peminat bersorak namanya di stadium dan arena seluruh dunia, tiada siapa menyangka Liam Payne sedang bergelut dengan diri sendiri.
Sewaktu menjadi tetamu podcast Steven Bartlett, Diary of a CEO tiga hari lalu, Payne mendedahkan dia bergelut dengan pemikiran untuk membunuh diri serta isu ketagihan dadah dan alkohol ketika masih bergelar ahli One Direction.
“Saya bimbang sejauh mana saya mampu bertahan. Dan anda tidak akan pernah melihatnya kerana saya bijak menyembunyikan. Tiada siapa pun pernah melihatnya,” kata Payne.