LEPAS: Jenama Mobiliti Baharu Yang Menjadikan Elegan Sebagai Kuasa Terbesar
Dalam dunia yang bergerak pantas, kita sering lupa bahawa perjalanan sehari-hari boleh menjadi ruang kecil untuk bernafas, menikmati momen, atau sekadar merasa cantik dalam cara yang sederhana. Di sinilah LEPAS muncul, sebuah jenama yang tidak sekadar memperkenalkan kereta baharu, tetapi memperlahankan masa dan mengembalikan perasaan elegan dalam setiap perjalanan.
Sebuah acara Media Connection Session yang dianjurkan LEPAS Malaysia, suasananya terasa seperti sebuah pertemuan antara seni, teknologi dan emosi. Bukan sekadar pembentangan, tetapi satu pengenalan kepada dunia baharu di mana mobiliti tidak lagi hanya tentang enjin, kuasa dan prestasi tetapi tentang bagaimana sebuah kereta boleh membuat anda merasa.
Dari ucapan hangat Crystal Zhang kepada perkongsian mendalam daripada pasukan global LEPAS, satu perkara menjadi jelas: LEPAS mahu mencipta pengalaman memandu yang bukan sahaja canggih, tetapi juga indah untuk mereka yang menghargai keseimbangan antara kerja, keluarga dan ruang untuk diri sendiri.
Jenama untuk yang inginkan gaya hidup elegan

Timbalan CEO LEPAS, Mr. Zhong Wei, memperkenalkan jenama ini dengan satu falsafah yang jarang kita dengar dalam dunia automotif: elegan bukan untuk golongan tertentu sahaja. Ia wujud untuk semua, dan boleh hadir dalam bentuk yang praktikal namun penuh gaya.
LEPAS lahir daripada tiga inspirasi yang dekat dengan manusia moden:
Leopard: melambangkan kuasa yang halus, gerakan yang lincah dan kecantikan yang tidak memerlukan penjelasan.
Leap: keberanian untuk melangkaui sempadan, cara fikir global, dan kesediaan untuk berubah.
Passion: tenaga yang mendorong kita untuk bekerja keras namun tetap mengejar hidup yang penuh rasa.
“Kami mahu membawa kecantikan dan kecerdasan ke jalan raya setiap hari, bukan hanya pada kereta mewah,” kata Zhong. Dan dari saat itu, kita faham bahawa LEPAS bukan sekadar jenama, malah ia sebuah gaya hidup.
Tiga nilai yang menjadi jiwa LEPAS
1. Leopard Aesthetics
Rekaan yang seimbang antara kuasa dan kelembutan. Garisan tubuh yang seperti mengalir, permukaan yang dipahat rapi, sebuah kesan pertama yang terus melekat.
2. Elegant Technology
Teknologi pintar yang tidak menunjukkan kehebatannya secara bising, tetapi terasa dalam setiap kelancaran, kesenyapan dan keselamatan semasa memandu.
3. Exquisite Space
Ruang dalaman yang dicipta untuk menjadi “ruang ketiga” selepas rumah dan tempat kerja. Ia tenang, menyamankan, dan cukup indah untuk membuat anda mahu tinggal seketika sebelum mematikan enjin.
Bilik pameran LEPAS juga dirancang seperti butik mewah, lebih intimate, lebih personal, lebih rasa dilayan.
Falsafah rekaan: Drive Your Elegance
Pasukan reka bentuk global LEPAS menayangkan sebuah video yang terasa seperti filem pendek, penuh mood, penuh emosi. Antara momen yang mencuri perhatian:
-
Lampu DRL berbentuk “V” seakan pandangan seekor leopard, tajam, yakin, tenang
-
Gril dengan perincian sehalus perhiasan
-
Ruang dalaman yang mengingatkan kita kepada garis bangunan metropolis dan aliran air
-
Palet warna yang menenangkan seperti Forest Green, Maple Brown dan Glacier White
Segalanya disusun bukan untuk memukau, tetapi untuk membuat pemandu merasa dilihat.
Global LEPAS L8 & L6: Dua watak berbeza untuk dua jenis gaya hidup

LEPAS L8 – Flagship SUV untuk yang mencari ruang dan rasa
Model ini terasa seperti lounge bergerak:
- SUV refined, luas dan pintar
- Wheelbase: 2,800 mm
- Ruang kaki belakang: 970 mm (antara terbaik dalam kelas)
- Mod tempat duduk pintar: Relax, Nap, Cinema
- Super Hybrid: Kuasa maksimum gabungan 205 kW, 365 Nm torque
- Jarak EV: Lebih 100 km
- Jarak gabungan: Melebihi 1,300 km
- Keselamatan: Struktur 5-bintang + 8 beg udara
- Ciri premium: Kerusi urut, ventilasi, audio fideliti tinggi
- Mesra wanita: Cermin hadapan perlindungan UV 99%
- Dikenal pasti mempunyai ruang dalaman lebih luas berbanding beberapa model premium lain semasa sesi media
Semasa dibandingkan dengan model premium lain, L8 mempamerkan ruang yang lebih luas dan lebih “hidup”.
LEPAS L6 – Lebih ringkas, lebih urban, lebih bertenaga
Direka untuk pemandu muda dengan gaya hidup aktif, L6 menawarkan pemanduan yang sunyi, stabil dan selesa, sempurna untuk bandar yang sibuk.
-
Direka untuk pemandu urban yang lebih muda dan bergaya
-
Menampilkan DNA rekaan keluarga LEPAS
-
HMI pintar dengan resonan emosi
-
Pilihan powertrain bernilai tinggi
-
Pilihan warna vibrant sesuai untuk keluarga urban dan urban elites
Pelancaran di Malaysia: Masa untuk bersedia

Crystal Zhang mengesahkan dua tarikh penting:
Pelancaran jenama – Q1 2026
Pelancaran produk – Pertengahan 2026
Unit sampel juga akan tiba tidak lama lagi untuk persediaan pasaran.
LEPAS memperkenalkan cara baharu untuk mengambil nafas
Program Global Elegant Lifestyle Partner membuktikan bahawa LEPAS bukan hanya tentang kereta. Ia tentang komuniti, gaya hidup dan nilai yang meraikan kehalusan dalam hidup.
Dengan Leopard Aesthetics, Exquisite Space, dan pengalaman Elegant Driving, LEPAS mencipta bahasa global baharu, bahasa mereka yang memilih untuk hidup dengan tenang, yakin dan penuh cita rasa.
Dan mungkin, dalam dunia yang semakin bising, inilah mobiliti yang kita perlukan.
Semua spesifikasi produk yang dinyatakan adalah untuk rujukan global sahaja; spesifikasi produk untuk Malaysia ditentukan berdasarkan keadaan tempatan.
Artikel berkaitan: Ini 5 Destinasi Road Trip Menarik di Malaysia Bersama Keluarga!
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

