Use your ← → (arrow) keys to browse
Kumpulan rock legenda, Queen mendedahkan sebuah lagu penuh emosi yang menampilkan vokal mendiang Freddie Mercury berjudul Face It Alone.
Menurut Variety, lagu itu pada asalnya dirakam pada tahun 1988 untuk dimuatkan dalam album Queen berjudul The Miracle. Bagaimanapun ia hilang tanpa dikesan.
“Kami telah menemui ‘permata’ berharga daripada Freddie. Kami hampir terlupa mengenainya. Ia amat hebat, satu penemuan luar biasa. Ia adalah sebuah karya yang sangat mengujakan,” kata pemain dram, Roger Taylor.
Pemain gitar Brian May menambah, “Kami mendengar semula lagu itu dan menyangka tidak mampu menyelamatkannya. Namun pasukan jurutera bunyi kami berjaya mencantumkan beberapa bahagian menjadi satu. Ia sesuatu yang indah dan penuh emosi.”