Pasangan pengantin baharu itu menzahirkan tanda kesyukuran menerusi satu hantaran di Instagram.
“Syukur Alhamdulilah, kami mendapat hadiah istimewa dari Istana Negara. Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk hadiah ini.
“Didoakan semoga keduanya diberi kesejahteraan oleh Allah sehingga ke akhir nanti, Insya-Allah,” katanya.