Kulit Majalah Vogue Kamala Harris Cetus Kontroversi - Glam Malaysia

Kulit Majalah Vogue Kamala Harris Cetus Kontroversi

Bakal Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris menjadi penghias muka hadapan majalah Vogue untuk edisi Februari 2021 dan cover tersebut tersebar dua hari lalu.

Pada awalnya, ia dianggap palsu kerana kelihatan seperti foto percubaan yang disunting menggunakan Photoshop dengan latar belakang langsir majlis prom bajet rendah bertemakan drama bersiri Bridgerton. Dalam foto tersebut, Kalama menyarung sut hitam yang dipadankan bersama sneaker Converse.

Namun hakikatnya, ia adalah foto kulit majalah yang asal dan bukanlah foto yang disangka akan menjadi cover oleh pasukan Kamala sendiri. Gambar yang dipersetujui oleh pasukan Kamala dan Anna Wintour, Ketua Editor Vogue adalah foto di mana dia menyarungkan sut biru muda, yang memenuhi standard untuk majalah fesyen.

Ramai menganggap foto tersebut tidak memberi penghormatan yang sepatutnya kepada bakal naib presiden itu. Ia terlalu biasa. Wartawan Yashar Ali turut mendedahkan perkara tersebut di dalam beberapa tweet yang dimuat naik.

See also
Himpunan Rutin Pagi 7 Wanita Berjaya Era Ini

Malah dia turut membangkitkan kembali kritikan tentang bagaimana Vogue memperlakukan pekerja dan wanita berkulit hitam. Ketika itu, Anna memberi respon dan berjanji untuk lebih berhati-hati. Namun nampaknya sejarah berulang kembali.

Ramai juga bekas pekerja Vogue dan Conde Nast yang mengatakan mereka percaya bahawa Anna tidak betul-betul menghormati wanita berkulit hitam dan kebanyakan keputusan editorialnya berkaitan wanita kulit hitam mencerminkan sentimen tersebut.

Ada juga yang membandingkan cover Kamala dengan Michelle Obama yang pernah menghiasi kulit majalah ini sebanyak tiga kali. Tulis Andrea Rodgers, “Kualitinya jauh berbeza dengan cover Michelle Obama.”

Selepas dikritik secara terbuka, Vogue berkongsi gambar penuh untuk edisi Februari tersebut termasuk gambar Kamala menyarung sut biru Michael Kors. Dilaporkan, foto pertama adalah untuk edisi cetak manakala foto kedua (yang dipilih oleh pasukan Kamala) pula hanya akan dipaparkan untuk edisi digital.

Vice President-Elect Kamala Harris on the Road Ahead | Vogue
Foto: Vogue

Baca: Ikut Jejak Ibu, Puteri Heidi Klum Hiasi Cover Vogue Buat Kali Pertama